Proses imej jejak bintang

Bagi tutorial proses imej jejak bintang startrail disini, kami menggunakan 428 imej bintang yang diambil menggunakan kamera DSLR dengan lensa 18-55mm.

1. Buka software startrails.
Software ini adalah percuma, anda dikehendaki muat turun software ini disini http://www.startrails.de/html/software.html dan simpan di folder yang anda mudah untuk memcari semula.

2. Cara-cara proses

TIPS: Untuk menjadikan imej jejak bintang vortex, anda perlu memilih "Lighten (with gaps,faster)".

Kemudian Klik "Falling Star" dan pilih sama ada:

1) "Fade Out" (pergerakan bintang dari barat ke timur) atau;
2) "Fade In" (pergerakan bintang dari timur ke barat)



Apabila sudah selesai memproses star trails, gambar akan seperti ni; bergantung kepada berapa jam anda biarkan dan jumlah cahaya yang dirakam. Setelah itu, gunakan software seperti adobe photoshop untuk memproses warna agar kelihatan lebih asli.

Imej jejak bintang biasa


Imej jejak bintang vortex