Proses imej objek langit malap

     Ini adalah teknik mudah untuk memproses imej objek langit malap (DSO) menggunakan perisian DeepSkyStacker yang boleh didapati dengan percuma di sini (DeepSkyStacker). Disini akan menggunakan 3 frame asas yang diperlukan iaitu light frame, dark frame dan offset/bias frameKaedah menghasilkan frame-frame tersebut boleh dilihat disini. 

a

Imej diatas adalah imej Orion Nebula sebelum melalui proses stacking. Kelihatan banyak hingar (noise) dan imej tidak begitu baik.

z

Imej diatas adalah imej Orion Nebula selepasmelalui proses stacking. Kelihatan lebih baik dan kurang hingar (noise).

Bagi memudahkan proses, kita boleh menamakan frame-frame tersebut terlebih dahulu seperti dibawah.

ss


Perisian DeepSkyStacker mudah digunakan, dibawah ini adalah kaedah penggunaan mengikut susunan.

a

1- Buka perisian DeepSkyStacker. Pergi ke Open picture files...> pilih semua imej/light frame.

op

2- Pilih dark files> pilih semua dark frame...

cp

3- Pilih offset/bias files> pilih semua offset/bias frame...

1

4- Tekan di bahagian check all kemudian tekan di bahagian Register checked pictures...

l

5- Seterusnya akan muncul Register Settings. Pastikan bahagian Automatic detection of hot pixels dan Stack after registering di pilih. Anda boleh memilih samaada untuk menggunakan keseluruhan frame atau beberapa sahaja di bahagian select the best __ % pictures and stack them.  

4

6- Seterusnya tekan butang OK dan perisian DeepSkyStacker akan memulakan proses secara automatik.

7- Setelah selesai akan muncul imej yang sudah siap di stack.

8- Akhir sekali, simpan imej pilih save picture to file...> namakan imej dan tekan save.  Selesai. 

9- Untuk mencantikkan lagi imej yang telah di stack, anda boleh meneruskan proses menggunakan perisian adobe photoshop mengikut kaedah proses imej bima sakti disini.


Selamat mencuba!