Proses imej bulan Landscape

     Bulan juga merupakan subjek astrofotografi yang bagus untuk diproses, supaya tampak lebih menarik. Teknik untuk memproses imej bulan sangat mudah. Kita cuma perlu menggunakan perisian adobe photoshop. Teknik yang akan diterangkan adalah secara asas dan bukan secara dengan lebih mendalam. Disini akan diterangkan teknik untuk memproses dua jenis imej bulan, iaitu imej bulan secara close-up dan landscape

Bulan landscape

Bagi tutorial proses imej bulan landcape disini, kami menggunakan dua imej yang sama frame tetapi berbeza exposure, satu imej exposure pada bahagian bulan dan satu lagi imej exposure pada bahagian dataran atau foreground. Ini kerana bahagian dataran terlalu terang dengan cahaya lampu manakala bahagian bulan agak gelap dan terpaksa menggunakan exposure yg agak tinggi. Seterusnya kita akan gabungkan atau blend kedua-dua imej menjadi satu imej yang menarik.

Imej 1: Exposure pada bulan dan earthshineImej 2: Exposure pada dataran

1- Buka perisian adobe photoshop. Pergi ke file> Open> cari imej anda. Seterusnya kita akan mulakan proses imej. Pergi ke Image> Adjusments

op

2- Pilih Image> Adjusments> Brightness/Contras. Turunkan sedikit brightness dan naikkan sedikit contras sesedap mata memandang.

3- Pilih Image> Adjusments> Levels. Cuba ubah sedikit level yang asal dengan menarik 3 point dibawah ketengah dan ketepi sesedap mata memandang dan tekan Ok.

l

4- Pilih Image> Adjusments> Curves.Cuba ubah sedikit curves yang asal dengan menarik garisan tengah dibawah sedikit ke atas dan ke bawah sesedap mata memandang dan tekan Ok.

4


5- Seterusnya untuk Imej yang kedua, pilih File> Open> cari imej yang kedua> Open. Gambar kedua akan secara automatik akan terletak diatas imej pertama.


6- Untuk menjadikan imej dataran lebih menyerlah, kita ubah sedikit pada bahagian contras.
Pilih Image> Adjusments> Brightness/Contras. Turunkan sedikit brightness dan naikkan sedikit contras sesedap mata memandang.

7- Seterusnya, bahagian yang agak mencabar iaitu untuk menggabungkan kedua-dua imej ini. Pilih imej yang kedua (lihat no.1 dalam imej dibawah). Buat satu layer mask yang baru untuk imej yang dipilih itu dengan menekan bahagian add layer mask (lihat no.2 dalam imej dibawah)


8- Seterusnya, Gunakan Gradient Tool dengan klik tetikus bahagian kanan dan pilih Gradient tool seperti imej dibawah.

k

9- Seterusnya, letakkan anak panah tetikus di bahagian titik merah (seperti gambar dibawah) dan tarik kebawah. Dengan automatik imej yang kedua yang berada diatas imej yang pertama akan bergabung dengan imej pertama. Buat berkali-kali sehingga imej jadi lebih baik.

k

10- Selesai dan boleh simpan. Pergi ke File> Save As> Save.



Imej Bulan (earthshine) dan landscape dataran lang langkawi yang menarik hasil dari gabungan dua imej yang berbeza exposure.