Proses imej bulan Close-up

Bagi tutorial proses imej bulan close-up disini, kami menggunakan satu imej bulan sahaja yang diambil menggunakan kamera DSLR dengan lensa 70-200mm.

a

Imej asal bulan secara close-up yang belum di proses

1- Buka perisian adobe photoshop. Pergi ke file> Open> cari imej anda. Seterusnya kita akan mulakan proses imej. 

op

2- Bulan secara close up dengan menggunakan lensa bukaan luas agak kurang menarik kerana kelihatan kecil, jadi kita boleh crop terlebih dahulu dengan saiz yang lebih menarik.

3- Pilih Image> Adjusments> Curves.Cuba ubah sedikit curves yang asal dengan menarik garisan tengah dibawah sedikit ke atas dan ke bawah sesedap mata memandang dan tekan Ok.

l

4- Pilih Image> Adjustment> Brightness/contrast. Ubah sedikit brightness kebawah dan contrast keatas untuk mendapatkan imej yang lebih menyerlah.

4

5- Gambar permukaan bulan yang lebih terperinci memainkan peranan yang penting bagi imej bulan secara close-up. Pergi ke Filter> Sharpen> Unsharp Mask. Gunakan amount sebanyak 50-80%, radius 1 piksel dan threshold biarkan kosng,. buat secara berulang kali untuk mendapatklan imej yang menarik tetapi jangan terlalu terperinci.

10- Selesai dan boleh simpan. Pergi ke File> Save As> Save.

Imej bulan secara close-up setelah proses nampak lebih menarik dan terperinci