PENGKALIBRASIAN FRAME

     Secara asasnya terdapat empat jenis frame yang digunakan dalam pembikinan gambar astrofotografi.

LIGHT

Light bukanlah frame kalibrasi tetapi adalah pelengkap. Gambar yang mengandungi cahaya dan ia berlawanan dengan dark frame (tidak mengandungi cahaya). Berapa banyak cahaya yang kita ambil bergantung kepada berapa lama tempoh dedahan yang kita guna.


DARK 

Dark frame perlu diambil menggunakan tetapan yang sama dengan tetapan untuk light frame tetapi dengan menutup bahagian depan lensa atau teleskop. Ia di panggil dark frame kerana ia gelap. Ketika mengambil dark frame, kamera juga perlu berada pada suhu yang sama ketika mengambil light frame. Jadi sebaik sahaja selesai mengambil gambar light frame, terus tutup depan lensa atau teleskop anda dan mulakan  mengambil dark frame sekurang-kurangnya 30 frame dengan dedahan exposure yang sama. Dark frame berfungsi untuk membuang segala piksel-piksel yang mati yang terhasil dalam gambar light frame dan juga membuang hingar (noise) yang terhasil oleh sensor kamera.

FLAT

Frame flat membuang vignetting iaitu warna hitam yang terbentuk di tepi frame serta membuang kesan habuk yang terjadi akibat daripada sensor kamera yang kurang bersih. Kesan habuk-habuk ini kelihatan seperti tompok pada gambar yang terhasil. Sesetengah orang tidak kisah dengan kesan habuk ini kerana flats frame agak sukar untuk di ambil. Ada banyak kaedah yang digunakan untuk mengambil flats frame seperti menghalakan lensa atau teleskop ke arah satu kawasan putih yang rata dimana keseluruhan kawasan tersebut menerima kesan cahaya sekata. Sesetengah astrofotografer menggunkan langit yang paling samar yang setentang dengan matahari terbit atau terbenam selepas selesai atau petang sebelum aktiviti cerapan serta satu lagi cara yang agak bagus adalah dengan menggunkan kotak cahaya "light box".

Adalah sangat penting untuk memastikan yang keseluruhan kawasan flat itu mempunyai cahaya yang sama rata. Dibawah ini adalah contoh bagai mana flat frame akan kelihatan:-

Jika anda menggunkan teleskop, waktu yang terbaik untuk mengambil flats frame adalah ketika anda selesai mengambil gambar light frame dan dark frame, ataupon pada keesokkan pagi sebelum menanggalkan kamera daripada teleskop. Dengan cara itu, setiap habuk yang terdapat pada sensor tidak berubah dan masih sama. Patikan iso dan fokus masih sama dan tidak berubah seperti light frame.

Jika anda menggunakan lensa, kaedahnya masih sama seperti menggunkan teleskop. Pastikan panjang fokel dan bukaan apertur masih sama (contoh: 200mm @ f/4) seperti ketika mengambil frame light dan dark. Jika panjang fokel adalah pendek seperti 50mm, kebanyakkan astrofotografer tidak mengambil flats frame.

TIPS:
Cara mudah untuk mengambil flats frame menggunakan t-shirt putih.
1-Gunakan sehelai kain/t-shirt putih.
2-Letakan di hadapan lensa atau teleskop
3-Gunakan laptop atau tablet buka Notepad, pastikan screen laptop/tablet berwarna putih
4-Lekapkan laptop/tablet dihadapan lensa atau teleskop yang bertutup dengan kain putih
5-Sekarang pastikan bacaan iso adalah sama ketika mengambil light dan dark frame.
6-Tetapkan kelajuan shutter pada kamera anda kepada 1/80.
7-Ambil gambar.
Periksa histogram pada kamera, pastikan histogram flats frame anda seperti di bawah :-

Pastikan bacaan histogram berada ditengah-tengah, jika histogram jauh ke kanan, gambar anda terlalu terang dan perlu menggunkan kelajuan shutter yang agak laju. Jika ia jauh ke kiri, gambar anda terlalu gelap dan perlu menggunkan kelajuan shutter yang agak perlahan. Setelah anda dapat bacaan histogram yang baik, cuba ambil gambar flats frame sebanyak 30 frame.

Flats frame adalah tidak terkesan dengan suhu, jadi kita boleh menggunakan flats frame yang kita telah ambil dimasa yang lain jika masih menggunakan panjang fokel dan bacaan iso yang sama. Akan tetapi, habuk yang terdapat di sensor mungkin telah berubah.

BIAS

Kalibrasi frame yang paling mudah. Cuma perlu tutup depan telskop atau lensa, pastikan bacaan iso adalah sama seperti frame-frame yang lain. Ambil kira-kira 30 frame menggunakan kelajuan shutter yang paling laju yang terdapat di kamera anda seperti 1/4000 atau 1/8000. Bias juga tidak bergantung kepada suhu jadi ia boleh digunakan pada masa akan datang tetapi dengan bacaan iso yang sama.

Itu sahaja untuk kaedah mengambil frame kalibrasi.

Gambar dibawah adalah contoh gambar yang diambil sebelum pengkalibrasian frame dilakukan, jelas kelihatan begitu banyak hingar (noise) yang terhasil.

Gambar dibawah menunjukkan gambar yang telah menjalani proses kalibrasi, gambar kelihatan lebih baik.


TIPS

Untuk gambar astrofotografi, paling minimum pengkalibrasian frame yang perlu dilakukan adalah frame dark. Frame ini adalah ganti kepada tetapan noise reduction yang telah kita matikan pada kamera DSLR