Proses imej bima sakti

     Imej bima sakti akan nampak biasa jika tidak diproses tetapi ia akan lebih cantik dan menarik jika diproses dengan baik. Disini akan diberi sedikit penerangan untuk teknik-teknik memproses imej bima sakti menggunakan perisian adobe photoshop. Anda boleh dapatkan perisian adobe photoshop cs2 dengan percuma disini. Teknik yang akan diterangkan adalah secara asas dan bukan secara dengan lebih mendalam. 

ss

1- Buka perisian adobe photoshop. Pergi ke file> Open> cari imej anda.

op

2- Buat satu salinan gambar asal anda bagi mengelakan gambar asal tidak terjejas jika tersilap semasa proses.

cp

3- Seterusnya kita akan mulakan proses imej. Pergi ke Image> Adjusments

1

4- Pilih Image> Adjusments> Levels. Cuba ubah sedikit level yang asal dengan menarik 3 point dibawah ketengah dan ketepi sesedap mata memandang dan tekan Ok.

l

5- Pilih Image> Adjusments> Curves.Cuba ubah sedikit curves yang asal dengan menarik garisan tengah dibawah sedikit ke atas dan ke bawah sesedap mata memandang dan tekan Ok.

4

6- Pilih Image> Adjusments> Vibrance.Cuba ubah sedikit vibrance dan saturation yang asal dengan menarik point di tengah ke sedikit depan dan ke belakang sesedap mata memandang dan tekan Ok.

7- Pilih Image> Adjusments> Color Balance.Cuba ubah sedikit color balance yang asal dengan menarik point di tengah ke sedikit depan dan ke belakang untuk mengubah warna latar sesedap mata memandang dan tekan Ok.

8- Pilih Image> Adjusments> Photo Filter. Anda boleh mengubah mood imej agar kelihatan lebih baik. Ubah sesedap mata memandang dan tekan Ok.

9- Seterusnya, Filter> Sharpen> Unsharpen Mask. 

k

6- Tujuan penggunaan Unsharp Mask adalah untuk menjadikan imej lebih terperinci atau detail. Cuba tetapakan amount kepada 60-80, Radius 1.0 dan Threshold 0. Cuba buat berkali-kali hingga imej jadi lebih terperinci.

k

10- Selesai dan boleh simpan. Pergi ke File> Save As> Save.