perancangan

     Untuk melakukan aktiviti astrofotografi, perkara yang paling penting adalah pemilihan waktu yang sesuai. Hal ini akan membantu anda membuat perancangan yang lebih awal, selain bulan terdapat banyak objek-objek langit yang menarik untuk anda rakam seperti Bima Sakti, Nebula, Buruj-Buruj dan jejak bintang.

Carta Buruj dan Almanak sepanjang tahun atau bulan.

Gambar diatas adalah kedudukan buruj yang tetap di angkasa, sedia maklum bahawasanya yang berputar adalah bumi mengelilingi matahari. Untuk memudahkan anda fahami,  nombor pada gambar diatas merujuk kepada bulan-bulan dalam tahunan kalender Gregorian, warna kuning ditengah-tengah ialah matahari, manakala warna biru adalah bumi. Sebagai contoh, pada bulan April anda tidak akan nampak buruj Aries, kerana buruj tersebut muncul pada waktu siang dan ia tidak kelihatan kerana cahaya matahari jauh lebih terang.

Aktiviti astronomi anda akan bertambah menarik jika anda peka dengan fenomena sepanjang tahun seperti hujan meteor, gerhana bulan dan matahari. Oleh itu, anda perlu tahu fenomena apa yang akan berlaku pada masa akan datang agar boleh membuat perancangan dengan rapi.

 

Apakah itu juraian meteor atau hujan meteor

Juraian meteor adalah  salah satu fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah pancuran meteor bersinar pada waktu malam. Meteor ini terjadi kerana adanya serpihan-serpihan di luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki  atmosfera bumi pada tahap kelajuan yang tinggi. Kebiasaanya, meteor ini hancur ketika memasuki atmosfera bumi kerana ia cuma sebutir  batu yang kecil. Serpihan yang berjaya jatuh kebumi dinamakan sebagai meteorit.

Secara umumnya, hujan meteor terjadi ketika bumi melintasi orbit sesebuah komet. 

hujanmeteor

Rajah diatas menunjukkan contoh bagaimana terjadinya hujan meteor. Waktu yang sesuai untuk melihat atau merakam gambar hujan meteor adalah pada waktu malam yang tiada gangguan cahaya bulan. 

Untuk merakam gambar astrofotografi meteor, tetapan kamera adalah sama seperti tetapan untuk buruj dan Bima Sakti. Ia juga memerlukan sedikit tuah kerana juraian muncul bukan dari satu arah tetapi pelbagai arah dan susah untuk dijangkakan.

Jadual Hujan Meteor 2015


Almanak Astronomi

Almanak astronomi adalah kalender khusus untuk fenomena astronomi yang berlaku sepanjang tahun. Jika anda ingin melakukan aktiviti astronomi mengikut fenomena, anda perlu merujuk kepada almanak. Anda juga perlu rujuk kesesuaian lokasi anda.

Anda boeh rujuk disini :

http://www.seasky.org/astronomy/astronomy-calendar-current.html