kaedah penyediaan mount

     Penyediaan mount equatorial sangat penting kerana ia memerlukan ketepatan untuk menghala ke arah objek yang dikehendaki. Ini kerana penjejakan mount akan mengikut pergerakan objek.

Kaedah persediaan equatorial mount (tracking)

   1. Pasang mount.
   2.
Menyelaras mount (align).
   3.
Seimbangkan mount (balance).

Pasang Mount

Pasang mount mengikut buku manual yang diberi.


Menyelaraskan Mount (Align)

    Bahagian penyelarasan Mount ini adalah bahagian yang paling penting, ia akan menjejak objek yang anda kehendaki itu. Jika penyelarasan anda salah atau tidak tepat maka pergerakan mount ini gagal menghala ke objek dikehendaki itu.

  1. Mount ini mestilah menghadap ke arah utara, gunakan kompas atau aplikasi yang dimuatturun dari telefon pintar anda.
  2. PASTIKAN! anda berada jauh sedikit daripada mount, teleskop atau kamera kerana terdapat gangguan magnet.


  1. Setelah selesai menghadap ke arah utara, anda perlu membetulkan latitud dengan menggunakan "leveler". Untuk mengetahui berapa darjah yang betul, gunakan GPS untuk lokasi anda lihat pada latitud.

Seimbangkan Mount (Balance).

Terdapat dua paksi yang perlu diimbangkan iaitu paksi R.A dan paksi Deklinasi.
1-Imbangan paksi R.A: Bahagian ini perlu fokus kepada pemberat dan teleskop. Pastikan ia seimbang walaupun kedudukan senget.

Imbangan paksi Deklinasi: Cuma perlu fokus kepada tiub teleskop itu sendiri, sama ada gerakkan sedikit ke hadapan atau ke belakang.