merakam imej bulan

     Mulakan gambar astofotografi kita yang pertama dengan mengambil gambar setelit semulajadi bagi bumi iaitu bulan. Sebagai satu objek yang paling besar dan terang pada waktu malam, bulan merupakan satu objek astronomi yang menarik sebagai permulaan merakam gambar astrofotografi. Bulan adalah cukup besar dan mudah untuk di rakam menggunakan kamera kompak dengan tetapan zoom digital yang terdapat didalam kamera kompak tersebut. Penggunaan kamera DSLR serta lensa yang sesuai adalah digalakkan untuk mendapat gambar bulan yang berkualiti tinggi dan cantik dengan penggunaan dedahan shutter yang laju tanpa memerlukan tracking mount.

Mengambil gambar bulan pula terbahagi kepada dua:
1- Close Up
2- Landscape

Walaupun mengambil gambar bulan nampak senang pada dasarnya, kita juga tetap memerlukan beberapa tetapan yang betul untuk mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi, berikut adalah beberapa cadangan tetapan yang baik ...

1- PILIH TARIKH YANG BETUL

2- SEDIAKAN KAMERA, LENSA DAN TRIPOD

Mulakan dengan memilih satu tarikh bulan akan kelihatan di langit serta fasa bulan pada tarikh itu, Kita boleh merujuk kepada kalendar Islam sertamaklumat yang tersedia di laman sesawang.

Untuk mengambiil gambar bulan secara close up kita memerlukan lensa yang mempunyai panjang focal yang sesuai, seperti lensa50-200mm, 70-200mm, 300mm atau yang lebih panjang


Manakala untuk mengambil gambar bulan secara landscape, lensa kit atau lensa prime sudah memadai

3- TETAPAN YANG SESUAI DIGUNAKAN

4- MULA MENGAMBIL GAMBAR

Gunakan tetapan exposure manual, bermula dengan ISO 800, kelajuan shutter 1/250 saat dan bukaan aperture adalah f/5.6. Tetapkan ISO atau bukaan aperture sehingga anda boleh melihat permukaan bulan dengan jelas. Elakkan daripada menggunakan kelajuan shutter yang perlahan kerana ia boleh menyebabkan imej bulan menjadi kabur.

Mula mengambil gambar percubaan sehingga anda mendapat satu gambar bulan yang bagus dengan tetapan yang sesuai. Pastikan gambar bulan tajam dan tidak kabur...


Selamat mencuba...

 
      Lensa yang sesuai untuk close up                   lensa yang sesuai untuk landscape

Contoh gambar bulan yang di rakam menggunakan camera dslr Canon 6D serta lensa telefoto tamron 70-200mm f2.8. Tetapan adalah seperti yang diterangkan diatas.

Contoh gambar bulan dan landscape yang di rakam menggunakan camera dslr Canon 7D serta lensa prima 50mm f1.8. Tetapan adalah seperti yang diterangkan diatas.