merakam imej jejak bintang

     Selain daripada merakam imej bima sakti, bulan dan buruj, merakam imej jejak bintang (star trail) juga merupakan satu aktiviti astrofotografi yang menarik dan mudah untuk dilakukan. Peralatan yang diperlukan untuk merakam imej jejak bintang adalah:-

1-Kamera DSLR

2-Lensa zoom/Kit Lens 18-55mm

3-tripod

4-shutter release (boleh menggunakan getah pembalut jika kurang bajet

Secara umumnya teknik merakam imej jejak bintang adalah sama dengan teknik merakam imej bima sakti dan buruj cuma terdapat beberapa tetapan yang khusus kerana ia memerlukan imej yang banyak untuk menghasilkan satu-satu imej jejak bintang, teknik tersebut adalah:-

1- Letakkan kamera dslr diatas tripod yang stabil

2- Gunakan mood manual dengan dedahan shutter selama 30 saat

3- Gunakan format JPEG

3- Tetapkan kepada kamera kepada continuous shooting

4- Sambung remote shutter dengan kamera

5- Mula merakam dan biarkan kamera sehingga beberapa jam atau sampai habis bateri.  

Gambar jejak bintang yang terhasil daripada 400 frame imej. 

DIY Shutter Release

Jika anda tidak memiliki shutter release atau intervalometer, gunakan kaedah ini untuk merakam imej secara continuous

Peralatan yang diperlukan adalah:-
1- Getah Pembalut
2- Kertas





Tetapkan kamera anda kepada mood continuous shooting dan kamera akan terus mengambil gambar selagi getah dan kertas masih berada diatas tombol.