merakam imej buruj

     Selain daripada merakam gambar bima sakti, gugusan bintang dilangit yang membentuk buruj-buruj juga boleh dirakam. Kaedah dan tetapan yang digunakan bagi merakam gambar buruj adalah sama seperti kaedah merakam gambar bima sakti, boleh lihat disini untuk tetapan yang lengkap (Merakam gambar bima sakti). Perkara yang utama sebelum merakam gambar buruj adalah kita perlu mengenali nama buruj tersebut serta bentuk-bentuknya. 


Imej buruj Orion

Tetapan ringkas

1

Tips mudah untuk merakam gambar Bima Sakti :- 

2

Pilih satu tarikh yang sesuai dan pergi ke tempat yang menarik dan bebas daripada pencemaran cahaya

3

Kenal pasti nama serta bentuk-bentuk buruj tersebut.  

4

Tetapkan bukaan aperture kepada yang paling kecil (ikut lensa masing-masing), shutter speed kepada 20 saat dan ISO kepada 1600

5

Gunakan mode timer atau shutter release  

6

Selamat Mencuba!

    
Imej buruj Ursa Major

Gambar buruj diatas adalah buruj Ursa Major dengan menggunakan lensa kit 18-55mm tetapan bukaan aperture f3.5, dedahan shutter selama 30 saat dan bacaan ISO adalah 6400.