merakam imej bima sakti

     Sistem suria kita berada didalam galaksi Bima Sakti yang merupakan salah satu subjek astofotografi yang menarik pada waktu malam walau dimana-mana latitud anda berada. Galaksi Bima Sakti muncul sebagai sebuah jaluran yang megah yang dipenuhi dengan ribuan gugusan bintang di langit. Anda tidak perlu menggunakan peralatan khas serta mahal untuk melihat galaksi ini ketika cuaca yang baik dan kurang pencemaran cahaya, cara-cara untuk mengambil gambar astrofotografi bima sakti tidak memerlukan kamera DSLR yang mahal.

Mengambil gambar galaksi Bima Sakti ini perlu mengikut kaedah-kaedah yang sama seperti mengambil gambar low-light yang lain. Kamera DSLR yang memiliki teteapan ISO yang tinggi adalah satu kelebihan kerana kita perlu menggunakan bacaan ISO yang tinggi seperti ISO 1600 atau lebih bagi mengelakkan penggunaan shutter speed yang lama. Tripod yang kukuh dan lensa wide-angle dengan harga yang berpatutan sudah mencukupi untuk mengambil gambar galaksi Bima Sakti.

Kita juga boleh mengambi dua keping gambar yang berbeza fokus, gambar yang pertama kita boleh fokuskan ke bahagian permukaan bumi manakala gambar kedua kita boleh fokuskan ke bahagian langit yang terdapat Bima Sakti kemudian cantumkan kedua-dua gambar didalam proses edit. Bagi sesetengah kamera DSLR, kita boleh menggunakan apa yang disebut sebagai "Rule of 500 atau Rule of 500" untuk mengelakkan berlakunya star trail. Kita boleh membahagikan panjang fokel lensa kita dengan angka 600 sebagai contoh jika anda menggunkan lensa 20mm bahagikan dengan 600 (20/600 = 30), elakkan dari menggunakan dedahan shutter lebih dari 30 saat. 

Kaedah Merakam Gambar Bima Sakti

Bersedia

1

Gunakan tripod yang kukuh yang boleh menghalang dari gegaran ketika ditiup angin 

2

Pergi ke tempat yang kurang pencemaran cahaya. Tempat yang mempunyai latar permukaan bumi yang menarik juga membantu bagi mendapatkan gambar yang menawan.   

3

Pilih tarikh yang sesuai. Elakkan daripada pergi pada malam bulan cerah, kerana  cahaya bulan akan memberi kesan yang tidak menarik kepada gambar.

Merakam Gambar

1

Tetapkan lensa anda kepada fokus infiniti atau cuba fokuskan lensa kepada objek langit yang terang seperti bintang. 

2


Gunakan format gambar RAW untuk mendapatkan kualiti gambar maksimum. 

3

Gunakan bukaan aperture yang paling besar mengikut lensa yang anda gunakan seperti f2.8 atau f3.5   

4

Bacaan ISO yang tinggi adalah diperlukan. ISO yang dicadangkan adalah 1600/3200/6400.   

5

Gunakan dedahan exposure yang lama, seperti 15 saat, 20 saat atau 30 saat.Perlu berhati-hati kerana dedahan yang terlalu lama boleh mengakibatkan bintang menjadi trail. Boleh menggunkan kaedah "rule of 500/600" yang diterangkan diatas.  

TIPS 

1

Tips mudah untuk merakam gambar Bima Sakti :- 

2

Pilih satu tarikh yang sesuai dan pergi ke tempat yang menarik dan bebas daripada pencemaran cahaya

3

Cari sudut yang menarik untuk gambar Bima Sakti yang bakal terhasil.    Letak kamera DSLR anda di atas tripod yang betul-betul stabil.    

4

Keseimbangan antara bacaan ISO, bukaan aperture dan dedahan shutter memainkan peranan yang penting.
Cadangan: Tetapkan aperture kepada f2.8 (ikut lensa masing-masing), shutter speed kepada 20 saat dan ISO kepada 1600

5

Gunakan mode timer atau shutter release  

6

Selamat Mencuba!