perSEDIAAN

     Ambil sedikit masa untuk belajar dan mengkaji tentang asas-asas sebelum keluar mengambil gambar malam. Terdapat beberapa kaedah dan peralatan dalam mengambil gambar malam untuk subjek-subjek yang berbeza yang akan diterangkan dalam topik ini, dimana setiap perbezaan tersebut masih bergantung kepada asas-asas yang sama.

1- Buat Perancangan yang teliti

Adalah lebih baik kita membuat perancangan yang baik sebelum keluar untuk trip astrofotografi, perancangan yang baik adalah dibuat sebulan sebelum trip. Dalam Perancangan tersebut perlulah mengandungi:-

  1. Tujuan trip astrofotografi,

  2. Gambar astrofotografi yang ingin di rakam, samaada gambar bulan, bima sakti, jejak bintang,  meteor, Objek Langit Malap DSO atau yang lain.

  3. Pilih tarikh yang sesuai yang menepati gambar astrofotografi yang bakal dirakam.

  4. Pergi Secara Berkumpulan.

2- Pergi ke tempat yang kurang pencemaran cahaya

Cahaya daripada lampu jalan, kawasan perumahan dan kenderaan yang lalu lintas akan menyebabkan langit menjadi kekuningan serta bintang agak kurang kelihatan, kadang-kadang ini akan menyebabkan imej yang terhasil berkualiti rendah. Kita boleh pergi ke suatu tempat yang agak kurang pencemaran cahaya seperti di kawasan pedalaman atau kawasan kampung.

3- Pastikan keselamatan terjamin

Keselamatan adalah faktor utama yang perlu di titik beratkan. Jika tempat yang dipilih adalah jauh dari kawasan penempatan, pastikan pergi secara berkumpulan dan sebaiknya mengetahui tentang selok belok kawasan tersebut. Memaklumkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan ranger adalah tindakan yang terbaik supaya keselamatan lebih terjamin. 

4- Peralatan

Bawa peralatan dan kelengkapan yang diperlukan kerana ia akan memudahkan urusan anda ketika menjalankan aktiviti astrofotografi. Seni dalam mencari dan menentukan kedudukan bintang-bintang di langit memerlukan kepada kajian dan masa yang lama menggunakan pelbagai formula dan peta. Kini tidak lagi, kita boleh mencari dan menentukan bintang-bintang di langit hanya di hujung jari kita sahaja.Kita boleh menggunakan pelbagai applikasi yang tersedia di telefon bimbit sama ada di platfom android mahupun iOS. Antara applikasi yang mudah digunakan adalah seperti Star Chat dan Sky View. Selamat Mencuba. 


TIPS

Seni dalam mencari dan menentukan kedudukan bintang-bintang di langit memerlukan kepada kajian dan masa yang lama menggunakan pelbagai formuladan peta.Kini tidak lagi, kita boleh mencari dan menentukan bintang-bintang di langit di hujung jari kita sahaja. Kita boleh menggunakan pelbagai applikasi yang tersedia di telefon bimbit sama ada di platfom android mahupun iOS. Antara applikasi yang senang digunakan adalah seperti Star Chat, Google Sky Map dan Sky View. Selamat Mencuba.

AA     Z