peralatan

     Fotografi adalah tentang mengumpul cahaya melalui lensa kamera kemudian menghasilkan satu data berbentuk gambar. Fotografi tidak semestinya kita hanya mengambil gambar pada waktu siang. Terdapat satu dunia baru dalam fotografi ketika matahari terbenam di ufuk dan langit mula menjadi gelap. Langit malam memaparkan rupa baru cakerawala yang menakjubkan yang tidak kelihatan pada waktu siang seperti bulan, bintang, planet, galaksi bima sakti dan juga galaksi yang terdekat.

Mengambil gambar ketika waktu gelap adalah perkara biasa, kerana kebanyakan kamera mempunyai flash yang berfungsi baik ketika waktu gelap akan tetapi untuk subjek astrofotografi ia tidak perlu digunakan. Penambah baikan kepada kualiti gambar yang di ambil adalah dengan menggunakan tetapan ISO yang tinggi serta tempoh dedahan yang lama bagi menampakkan kesan dramatik dan kecantikan pada gambar malam.

Sebagai seorang astrofotografer, kita perlulah mengetahui apa dan bagaimana untuk merakam gambar astrofotografi. Berikut adalah beberapa tip dan tetapan untuk mengambil gambar astrofotografi seperti mengambil gambar bulan, star trail, galaksi bima sakti dan sebagainya. 


PERALATAN UTAMA

Untuk merakam gambar astrofotografi, beberapa peralatan utama diperlukan.

Kamera DSLR


Sebuah kamera DSLR (sebarang jenama) adalah diperlukan untuk merakam gambar astrofotografi. Kamera dslr mempunyai kemampuan dan tetapan yang sesuai berbanding kamera digital atau kamera kompak yang biasa. 

Lensa

Lensa juga diperlukan untuk merakam gambar astrofotografi. Pemilihan lensa yang sesuai adalah digalakkan untuk mendapatkan gambar astrofotografi yang baik. Secara asasnya, terdapat dua kaedah pemilihan lensa untuk merakam gambar astrofotgrafi iaitu panjang fokel dan bukaan aperture. 

Teleskop

Teleskop juga amat sesuai untuk merakam gambar astrofotografi. Kebanyakkan teleskop digunakan untuk merakam gambar objek langit malap (dso) dengan cara melekapkan kamera DSLR ataupun kamera CCD. Gambar yang dihasilkan kebanyakan beresolusi tinggi dan amat cantik. 

Tripod

Tripod merupakan peralatan yang perlu digunakan untuk merakam gambar astrofotografi. Penggunaan tripod yang betul-betul stabil adalah amat digalakkan. Ia digunakan untuk meletakkan kamera DSLR supaya ia lebih stabil kerana astrofotografi memerlukan dedahan shutter yang lama, kamera yang tidak stabil akan menghasilkan gambar yang kabur.

Mount

Mount kebiasaanya digunakan bersama teleskop, fungsi utama adalah untuk menjejak objek langit malap (dso) manakala fungsi yang lain adalah sama seperti tripod. Gambar yang dirakam menggunakan tripod kebiasanya menggunakan dedahan yang lama. 

PERALATAN TAMBAHAN

Remote Shutter 

Penggunaan Remote Shutter diperlukan kerana kita tidak perlu memegang kamera ketika merakam gambar astrofotgrafi, ia bagi mengelakkan daripada berlaku gegaran kecil kepada kamera apabila kita menyentuh butang kamera.

Beteri Tambahan

Kadang-kadang astrofotografi memerlukan dedahan yang lama serta menggunakan kuasa bateri yang banyak. Jika bateri yang sedang digunakan kehabisan kuasa, kita tidak perlu risau kerana ada bateri tambahan

Kad Memori Tambahan

Memori tambahan juga diperlukan kerana satu-satu gambar astrofotografi memiliki size yang agak besar

Tips

Waktu untuk mengambil gambar astrofotografi adalah waktu malam, kita boleh juga bawa bersama beberapa kelengkapan seperti dibawah supaya kita lebih selesa ketika mengambil
gambar astrofotografi :-

  Lampu Suluh        Ubat Nyamuk            Baju Sejuk        Makanan Segera