teknik fokus

     Sebelum mula merakam gambar astrofotografi, perkara yang penting adalah fokus. Terdapat 2 cara untuk menyelaras fokus pada lensa atau teleskop supaya imej yang terhasil lebih fokus dan jelas, Caranya ialah:

1-Gunakan planet atau bintang yang cerah sebagai sumber fokus.

Halakan kamera pada objek langit yang cerah seperti bintang sirius atau planet. 

Gunakan live view untuk memudahkan anda focus, zoom kedalam sebayak 10 kali tetapkan kamera anda kepada dedahan manual seperti 30 saat, guna ISO yang sesuai (1600 hingga 3200) dan cuba selaraskan gelang/tombol fokus yang terdapat pada lensa dan teleskop dengan perlahan-lahan, lihat sehingga imej bintang atau planet tersebut betul-betul fokus, jelas dan tidak nampak kabur.

2-Rakam gambar kemudian lihat perbezaan imej di skrin untuk mencari fokus.

Keadaan ini mungkin berlaku sekiranya planet tidak kelihatan atau dilindungi oleh pokok, gunung atau lain-lain. Anda perlu merakam beberapa imej kemudian zoomkan Imej yang telah terhasil dan gerakkan imej ke kiri atau kanan untuk menentukan samaada imej anda telah fokus atau belum, jika masih belum fokus, cuba ubah sedikit kedudukan gelang/tombol fokus dan rakam semula imej dan ulang seperti tadi. Imej dibawah adalah contoh imej dari tidak fokus hingga imej fokus.

untuk memastikan bintang anda fokus, zoomkan imej dengan lebih dekat pada bintang dan anda akan lihat perbezaannya.

Dibawah ini adalah perbezaan imej dari tidak fokus sehingga betul-betul fokus. Perlu diambil perhatian bahawasanya objek yang dirujuk untuk fokus adalah bintang kecil atau planet bukannya bulan kerana bintang dan bulan mempunyai jarak fokus yang berbeza.