asas kawalan kamera

     Kamera DSLR moden merupakan satu rekaan canggih dan sangat kompleks dengan teknologi terkini. DSLR bermaksud ‘Digital Single-Lens Reflex’ atau dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘Pantulan Lensa Tunggal Digital’. Sistem kamera ini sebenarnya telah wujud sejak zaman kamera analog lagi dan dikenali dengan nama kamera SLR.

Terdapat pelbagai fungsi tetapan yang moden dan canggih di dalam kamera DSLR ini yang boleh membuatkan pengguna yang tidak mahir menjadi keliru. Kebanyakan fungsi tetapan ini boleh diakses terus melalui butang pada badan kamera. Pengguna boleh menetapkan mode kawalan gambar yang dikehendaki untuk mengambil satu-satu gambar seperti mode potret, sukan, panorama, manual, apertur dan juga mode video. Tetapi tidak terdapat mode astrofotografi!

Untuk menjadi mahir dalam penggunaan kamera DSLR, adalah amat digalakkan supaya kita meluangkan masa dengan membiasakan diri dengan pelbagai tetapan dan menu-menu yang terdapat di dalam kamera.

KUASAI KAMERA DSLR DENGAN MEMAHAMI SEGI TIGA DEDAHAN (EXPOSURE TRIANGLE)

Untuk menjadi lebih mahir dalam fotografi mahupun astrofotografi, Segi tiga dedahan ini menjadi satu kewajipan untuk dipelajari dan difahami.

Setiap elemen dalam segi tiga ini berhubung kait dengan cahaya dari segi bagaimana cahaya masuk dan berinteraksi dengan kamera.

Ketiga-tiga elemen tersebut adalah :
1) ISO                          : Ukuran sesitiviti sensor kamera terhadap cahaya
2) Bukaan Aperture     : Saiz bukaan lensa ketika mengambil gambar
3) Kecepatan Shutter  : Masa dedahan/bukaan cermin dihadapan sensor

Interaksi antara ketiga-tiga elemen ini disebut sebagai dedahan/exposure. Perubahan salah satu elemen akan menyebabkan elemen lain turut berubah.

Pada dasarnya, kamera adalah sebuah alat yang digunakan untuk merakam cahaya melalui sensor kamera. Cahaya yang masuk akhirnya ditukar menjadi sebuah gambar.  Jika banyak cahaya yang masuk, maka gambar yang terhasil menjadi terlalu terang dan disebut sebagai (overexposed) dan jika sedikit cahaya yang masuk maka gambar akan menjadi gelap dan disebut sebagai (underexposed). Ketiga-tiga elemen ini berhubung kait dalam memastikan gambar yang terhasil adalah yang terbaik.

Rumus exposure: Kecepatan Shutter + Bukaan Aperture + Bacaan ISO = Exposure

Bagi Astrofotografi, penguasaan ketiga-tiga elemen ini adalah penting. Pengunaan elemen-elemen ini dengan baik akan menghasilkan gambar astrofotografi yang menarik. Kaedah dibawah menunjukkan penggunaan ketiga-tiga elemen dengan baik  dalam mengambil gambar astrofotografi.

1-Kecepatan Shutter

 

Tetapkan kecepatan shutter kepada 30s. Kita juga boleh menetapkan kepada 5s/10s/20s bergantung kepada kecerahan tempat tersebut, bacaan ISO serta bergantung kepada bukaan aperture yang terdapat pada lensa yang digunakan.
Kita perlu berhati-hati, kerana semakin lama tempoh dedahan digunakan kemungkinan bintang akan menjadi trail (jejak) adalah besar. Kita boleh menetapkan kecepatan shutter dengan menggunkan tombol putar yang terdapat diatas kamera anda.

A

2-Aperture

Tetapkan bukaan aperture kepada yang paling besar berdasarkan lensa yang digunakan. Huruf "F" mewakili nilai bukaan aperture. Semakin kecil kecil nilai "F" semakin besar bukaan diameter aperture sehingga semakin banyak cahaya yang masuk.

K

3-ISO

Secara umumnya ISO ditetapkan dengan dedahan yang lama (long-exposure). Untuk mengambil gambar langit malam tetapkan bacaan ISO antara 1600, 3600, 6400. Bergantung kepada kecerahan tempat tersebut serta bergantung kepada bukaan aperture dan kecepatan shutter.
Semakin tinggi nilai ISO, semakin banyak hingar (noise) pada gambar yang terhasil.

S

Carta di bawah menunjukkan kombinasi antara bacaan ISO dan kecepatan shutter untuk menghasilkan gambar astrofotografi yang baik


Berikut adalah tetapan tambahan untuk merakam gambar astrofotgrafi.


Sebagai seorang astrofotografer, penggunaan mode manual secara keseluruhan untuk mengambil gambar astronomi adalah dicadangkan. Ini akan memberikan kawalan sepenuhnya ke atas fungsi dan tetapan kamera.

Menu utama boleh didapati dengan menekan butang Menu. Tetapan setiap item menu ini biasanya diakses oleh sub-menu.

1

Mode Manual - Set kamera ke Mode Manual

K

2

Manual Fokus - Tetapkan fokus lensa kepada Manual (MF untuk fokus manual, AF untuk fokus automatik)

J

3

Tetapkan lensa supaya fokus dan tidak kabur dengan cara menetapkan lensa kepada fokus infiniti atau halakan kamera ke cahaya yang sangat terang seperti bulan atau bintang yang paling terang , kemudian pusingkan gelang fokus lensa sehingga cahaya tersebut fokus dan tidak kabur. Anda juga boleh menggunakan skrin live view untuk memastikan lensa telah fokus dengan baik.

L

4

White Balance - Tetapkan white balance kamera anda kepada  custom white balance berdasarkan latar belakang langit pada masa itu.

L
A

5

Color Space - Gunakan sRGB.

L

6

Format RAW - Kita boleh menetapkan format gambar kepada format RAW. Format RAW memberikan gambar yang terhasil berkualiti tinggi serta boleh di edit dengan baik menggunakan software seperti Adobe Photoshop, Adobe Lightroom di dalam komputer. Untuk yang baru menceburi bidang astrofotografi atau mahu mudah, kita boleh menggunakan format JPEG kerana size format ini lebih kecil dan mudah berbanding format RAW. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua format gambar.

M

7

Long-Exposure Noise Reduction -Off kan Long exp. NR. Jika anda On ia akan mengambil gambar selama 30 saat, kamera DSLR akan membuat satu lagi frame yang di namakan sebagai Dark Frame ia akan mengambil masa selama 30 saat juga jadi keseluruhan masa adalah 1 minit. Kita akan menghabiskan masa yang lama untuk satu-satu gambar jika kita on kan tetapan ini. Kemungkinan kita akan terlepas moments yang terbaik sewaktu kita menunggu gambar di proses oleh kamera.

B

8

Self Timmer - Tetapkan kepada 10 saat. Jika tidak mempunyai remote release kita boleh mungganakan tetapan self-timer yang terdapat pada kamera. Kita tidak perlu menekan butang untuk mengambil gambar bagi mengelakkan gegaran pada kamera dan menyebabkan gambar yang terhasil menjadi kabur. Kita juga boleh menggunakan remote shutter, jadi kita cuma perlu picit di remote untuk mengambil gambar.