GLOSARI


BILBAHASA MELAYUBAHASA INGGERISHURAIAN
1AberasiAberrationPembiasan sinaran cahaya ataupun pemfokusan cahaya yang tidak sempurna oleh kanta sehingga menyebabkan pengherotan bentuk imej.
2Aberasi SferaSpherical AberrationPengaburan imej di dalam teleskop disebabkan kegagalan kanta atau cermin untuk membawa sinar pusat dan sisinya supaya tertumpu pada fokus bersama.
3AlmanakAlmanacSatu jadual yang menunjukkan pergerakan cakerawala dimana perhitungan satu tahun dibuat.
4BurujConstellationSekumpulan bintang yang terletak berdekatan dan kedudukannya menyerupai bentuk-bentuk tertentu di cakerawala.
5Galaksi Bima SaktiMilky Way Galaxykumpulan bintang dan gas yang berbentu pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.
6Kanta ApokromaApochromatic LensKanta yang diperbetulkan supaya bebas daripada aberasi sfera dan aberasi kroma.
7Kanta MataEyepieceKanta dalam teleskop yang paling dekat dengan mata pamerhati. kanta mata berfungsi untuk menambah pembesaran imej yang dihasilkan oleh kanta objek.
8LatitudLatitudeGaris pada peta yang selari dengan khatulistiwa, garisan melintang.
9NebulaNebulaKepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.
10Pencemaran CahayaLight PollutionCahaya buatan manusia, terutamanya cahaya lampu jalan, yang tersebar di atmosfera atas, dan mengehadkan kajian bintang dengan menggunakan teleskop optik.
11Sudut Menyendeng: Jarak HamalRight AscensionJarak Hamal: koordinat samawi, iaitu jarak sudut yang diambil di sepanjang khatulistiwa samawi dari ekuinoks musim bunga ke timur ke bulatan jam jasad samawi yang ditentukan
12Sudut IstiwaDeclinationMerujuk kepada  ukuran sudut deklinasi solar berhubung dengan khatulistiwa cakerawala dan kutub-kutub cakerawala.