teleskop pembias (refractor)

     Teleskop pembias adalah teleskop awal yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mencerap objek langit pada zaman dahulu. Teleskop pembias menggunakan kanta, apabila cahaya melalui kanta utama ia akan dibias menuju ke kanta mata. Oleh itu imej yang akan terhasil adalah terbalik.

Bagaimana Teleskop Pembias Berfungsi?

  1. Cahaya masuk melalui kanta utama.
  2. Kanta membias cahaya (membengkok) ke titik fokus.
  3. Kemudian cahaya  melalui kanta mata dan membentuk imej yang dibesarkan dihujung teleskop. Kanta mata ini boleh digerakkan masuk kedalam dan keluar untuk menyelaraskan fokus yang dikehendaki

Reka Bentuk Teleskop Pembias



Teleskop Kromatik












Teleskop Apokromatik


Teleskop Kepler




Teleskop Galileo


Kelebihan Teleskop Pembias

Teleskop pembias ini mudah digunakan, lasak dan kontras warna.

Kekurangan Teleskop Pembias

Semakin besar diameter kanta utama semakin panjang tiub teleskop. Ia menjadikan teleskop ini sukar untuk disimpan. 

Memerlukan kanta yang berkualiti tinggi kerana kanta yang berkualiti rendah akan menyebabkan kesalahan optik seperti aberasi. Kanta yang berkualti tinggi memerlukan kos yang mahal.