teleskop pemantul (reflactor)

     Teleskop pemantul menggunakan cermin untuk memantulkan cahaya dari cermin utama ke cermin kedua dan seterusnya membesarkan objek. 

Bagaimana Teleskop Pemantul Berfungsi?

  1. Cahaya memasuki tiub.

  2. Kemudian cahaya itu dipantul oleh cermin utama berbentuk cekung yang menghala ke cermin kecil dipanggil cermin kedua.

  3. Cermin kedua memantul cahaya ke kanta mata. Biasanya kanta mata terletak disisi tiub teleskop.

  4. Kanta mata boleh diselaraskan untuk memfokuskan imej yang dipantulkan itu.

Beberapa Contoh Teleskop Pemantul

Teleskop pemantul Newtonian


Teleskop pemantul Coude



Teleskop pemantul Gregorian


Teleskop pemantul Cassegrain


Kelebihan Teleskop Pemantul

Teleskop pemantul ini mudah alih, mudah untuk bawa kemana-mana dan mudah untuk penyimpanan. Ia juga merupakan teleskop mampu milik kerana kos membuat cermin lebih murah daripada kos membuat kanta.

Kekurangan Teleskop Pemantul

Cermin teleskop ini mungkin memerlukan penyelarasan semula kerana ia mudah terkeluar dari penjajaran akibat dari kesan hentakan atau perubahan suhu. Sesetengah teleskop pemantul mempunyai kesalahan optik seperti aberasi sfera yang akan mengganggu kualiti imej.