teleskop katadioptrik

 Teleskop katadioptrik ini boleh dikatakan sebagai teleskop hibrid kerana ia adalah hasil gabungan antara kanta dan cermin untuk menghasilkan imej.

Bagaimana Teleskop Katadioptrik Berfungsi?   

  1. Cahaya masuk ke dalam tiub teleskop melalui kanta pembetul yang membantu menghilangkan aberasi.

  2. Kemudian dipantul oleh cermin utama yang berada di hujung tiub teleskop ke arah cermin kedua yang dilekap di tengah-tengah kanta pembetul.

  3. Seterusnya cahaya itu dipantul ke arah lubang di cermin utama dan masuk ke kanta mata.

  4. Jika ingin menyelaras fokus, cermin utama yang akan digerakkan bukan kanta mata.


Reka Bentuk Teleskop Katadioptrik

Teleskop Schmmidt-Cassegrain




Teleskop Maksutov-Cassegrain



Kelebihan Teleskop Katadioptrik

Kebanyakan teleskop katadioptrik adalah mudah alih, menjadikan ia mudah untuk dibawa kemana-mana dan penyimpanan. Optik Teleskop Katadioptrik sesuai untuk kegiatan astronomi kerana telah diperbetulkan kesalahan-kesalahan optik cermin dan kanta. 

Kekurangan Teleskop Katadioptrik

Teleskop ini mungkin mengalami pengurangan penerimaan cahaya kerana kedudukan cermin kedua ditengah-tengah kanta pembetul. Ia juga mengalami peralihan imej kerana cermin bergerak ketika sedang difokus.