optik

Secara asasnya optik untuk astrofotografi terbahagi kepada dua iaitu teleskop dan lensa kamera. Kedua-dua alat ini sangat penting untuk merakam gambar.    


 

TELESKOP

   Teleskop adalah instrumen untuk melihat objek samawi yang jauh, sama ada pada waktu malam mahupun siang. Antara objek yang menjadi tumpuan untuk dicerap oleh ahli astronomi lihat ialah bulan, matahari, planet-planet, galaksi, nebula dan lain-lain.

    Terdapat 3 jenis teleskop iaitu teleskop pemantul, teleskop pembias dan gabungan antara keduanya yang dikenali sebagai katadioptrik.

DIAGRAM



 Pada zaman dahulu kegunaan teleskop adalah untuk melihat musuh perang dari jauh. Pada tahun 1609, seorang ahli fizik dan juga seorang ahli astronomi Itali bernama Galileo Galilei menggunakan teleskop untuk mencerap langit pada waktu malam.

galileo
moon

Beliau melihat sesuatu yang belum pernah dilihat oleh orang lain iaitu kawah bulan dengan hanya menggunakan teleskop yang kecil, dengan teleskop itu juga beliau mampu melihat kawasan gunung serta lembah di bulan. Kemudian Galileo menghala ke arah satu cahaya yang sangat terang iaitu planet Musytari.

Dengan teleskop itu Mustari kelihatanagak kabur dan sukar untuk  dilihat dengan lebih jelas kerana kualiti  kanta yang tidak bagus, maka beliau  membuat kesimpulan bahawa Musytari  berbentuk sfera. Cerapan pada malam berikutnya Galileo mendapati terdapat beberapa bulan yang mengelilingi planet musytari.

gteleskop