astrofotografi - rgb

MENENTUKAN KESEIMBANGAN WARNA

Seperti yang sedia maklum, Warna yang dipaparkan oleh CCD adalah hitam dan putih atau monokrom. Warna yang sebenar objek cerapan boleh diketahui dengan menggunakan penuras warna  RGB (merah,hijau dan biru). Ahli astronomi akan menentukan warna objek sebenar berdasarkan bintang rujukan iaitu bintang kelas G2V (bintang putih seperti matahari) kemudian akan diseimbangkan untuk mendapatkan warna imej objek cerapan.


MENGENAL PASTI BINTANG G2V

Bintang kelas G2V berwarna putih, oleh itu untuk mendapat warna kita perlu seimbangkan. Ia adalah sama seperti cahaya putih melalui prism dan akan menghasilkan warna-warna spektrum, cuma kali ini adalah proses pembalikkan daripada bintang putih kemudian akan dinisbahkan warna RGB. Senarai bintang jenis G2V boleh diperolehi dari katalog bintang.

Atas: penyelerakan warna putih oleh kaca prisma.