penyejuk ccd (cooling)

PENGENALAN

 Semua CCD akan berfungsi dengan lebih baik pada paras suhu yang rendah. Ini kerana tenaga haba sahaja sudah boleh menaikkan tenaga elektron luaaran kedalam piksel imej dan ini tidak dapat dibezakan  dari fotoelektron imej sebenar. Proses ini akan menghasilkan hingar (noise) dan ia dipanggil 'dark current'.


Untuk setiap kesejukan 6-7 C, kira-kira dapat mengurangkan 'dark current' 2x ganda, tetapi sudah tentu ada hadnya kebanyakkan CCD tidak berfungsi dengan baik suhu bawah -120 C . Perlu diambil perhatian bahawa penyejukkan suhu sekitar -100 C hampir membuang noise yang dihasilkan dari 'dark current'.


CCD biasanya disejukkan dengan cecair nitrogen, penyejuk termoelektrik atau penyejuk Cyro.