blooming

KONSEP BLOOMING

Sebelum ini kita sudah memahami bagaimana CCD berfungsi, CCD adalah alat elektronik untuk merakam gambar dengan menampung foton-foton di dalam "telaga" yang dikenali photosite atau piksel dan kemudian dihantar ke serial register dan menukar dalam bentuk tenaga elektron.


Blooming dalam bahasa melayu ialah mekar atau bahasa mudah melempah. Sebab apa dikatakan melempah?. Ini jawapannya, blooming terjadi apabila caj-caj di piksel telah melebihi (telaga piksel) kemudian memasuki ke kawasan piksel berdekatan.


Pendedahan (exposure) yang lama diperlukan untuk rakam oblek yang malap, bintang yang cerah dalam piksel akan memenuhi dan melempah. 


Atas: contoh blooming


ANTI-BLOOMING

Oleh itu, beberapa sensor telah direka dengan anti-blooming, anti-blooming boleh mengurangkan quantum efficiency pada sensor.  


Atas: perbezaan blooming dan anti-blooming