KEDALAMAN BIT (BIT DEPTH)

PENGENALAN

    Komputer (dan peranti yang lain) menggunakan sistem nombor penduaan atau binari/binary. Nombor binari terdiri daripada dua digit iaitu 1 dan 0. satu digit tunggal dalam nombor binari akan dipanggil bit (dipendekkan dari perkataan 'binari digit').


    Kedalaman bit juga dikenali sebagai kedalaman warna (color depth), bit juga menunjukkan jumlah bilangan warna dalam satu piksel. Hipotesisnya, semakin banyak bit, semakin baik kualiti imej yang disimpan.





Atas: penerangan bilangan warna dalam piksel tunggal pada setiap perbezaan bit.


SKALA KELABU (BIT DEPTH)





Penerangan

Contoh gambar

  • 1 bit (2 warna) = monokrom, hitam dan putih (bukan kelabu).

  • 2 bit (4 warna) = skala kelabu.

  • 4 bit (16 warna)  = standard warna format imej VGA pada resolusi yang tinggi.

  • 8 bit (256 warna) = sangat terhad tetapi sistem warna secara langsung adalah yang betul. Dalam RGB (Red, Green, Blue) terdapat 3 bit (23 = 8 warna) iaitu komponen warna R (merah) dan G (hijau), dan baki 2 bit (22 = 4 warna) di piksel untuk komponen warna B (biru). Memboleh mendapatkan 256 warna yang berbeza (8x8x4=256). Kebiasaan mata manusia kurang sensitif kepada komponan warna biru berbanding merah dan hijau. 

  • 24 bit (16,777,216 warna) = "warna sebenar" yang menyokong komponen warna RGB.